Siri pertama (1967)
Wang syiling pertama telah diperkenalkan pada tahun 1967 dalam nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, dan di ikuti dengan penghasilan wang syling 1 ringgit dimana ianya diteruskan dengan mnggunakan simbol “$” merupakan wang syling yang terbesar dalam sirinya pada 1971. Pada asalnya kesemua wang syiling dicetak hampir sama dibahagian depan dan belakang. dan yang membezakannya adalah diameter syiling tersebut. Dibahagian belakang syiling telah diukir gambar ukiran bangunan Parlimen serta ukiran bulan sabit dan bintang seperti yang terdapat di dalam bendera Malaysia diatas ukiran Parlimen tersebut. Kesemua wang syiling telah dibuat daripada bahan berunsur cupronikel (campuran tembaga dan nikel) kecuali wang syling 1 sen dimana ianya dibuat daripada bahan berunsur gangsa disekitar tahun 1967 hingga 1972. Selepas itu, ianya diikuti dengan logam yang disaluti lapisan tembaga pada tahun 1978 keatas. Wang syiling 50 sen merupakan satu-satunya wang syiling dalam siri ini yang telah dibuat perubahan kecil pada bahagian sisinya dengan memasukkan tulisan Bank Negara Malaysia pada tahun 1971.
Pembuatan syling pada siri yang pertama telah dibekukan pada tahun 1989 apabila siri kedua wang syling telah diperkenalkan. Namun begitu,wang syiling ini telah dikekalkan penggunaanya sehingga tahun 2008, tetapi jumlahnya telah menurun sejak tak tahun 1990. Wang syiling $1 telah berubah sejak wang syiling $1 siri kedua diperkenalkan pada 1989.
Siri kedua (1989)
Wang syiling siri kedua telah diperkenalkan pada penghujung tahun 1989. Pada siri kedua ini, wang syiling telah direkabentuk semula dibahagian hadapan dan belakangnya, tetapi rekabentuk dibahagian sisi, diameter dan bahan yang digunakan untuk membuat wang syiling seperti pada siri sebelumnya iaitu pada tahun 1989 dikekalkan kecuali wang syiling 1 ringgit. Perubahan yang berlaku pada wang syiling ini adalah ukiran bunga raya (bunga kebangsaan Negara Malaysia) dimasukkan dibahagian atas permukaan hadapan wang syiling dan ukiran gambar peralatan tradisianal kaum melayu dibahagian belakang wang syiling tersebut.
Hanya wang syiling 1 ringgit mengalami perubahan pada keseluruhan bahagian pada wang tersebut. Disamping mengubah pada bahagian hadapan dan belakang wang syiling tersebut, saiz diameter wang syiling tersebut telah dikurangkan dari 3mm kepada 24mm dan ianya telah dibuat daripada unsur alloy (campuran tembaga, zink, dan timah) berbanding pada sri sebelumnya dimana ianya dibuat daripada unsur tembaga dan nikel. Simbol “$” tetap dimasukkan pada wang syiling baru ini tetapi ianya dipanggil “RINGGIT” untuk wang syiling ini dari tahun 1993 keatas. Pada 7 Disember 2005 wang syiling 1 ringgit telah dihentikan penggunaannya berikutan timbulnya masalah pemalsual wang syiling.
Pada 1 April 2008, sistem bundar telah digunakan kepada 5 sen yang terdekat hanya untuk pembayaran bil sahaja yang telah dikuatkuasakan dan diumumkan pada tahun 2007 oleh Bank Negara Malaysia dengan tujuan untuk mengatasi masalah tiada lagi penggunaan wang syiling 1 sen. Harga barangan keperluan yang dijual dalam gandaan 1 sen telah dibundarkan ke 5 sen yang terdekat. Sebagai contoh, jika barangan yang dibeli berharga RM4.88 dan RM3.14, jumlah harga kedua barangan bernilai RM8.02. Maka ianya dibundarkan kepada rrm8.00. tetapi jika jumlah harga barangan tersebut bernilai RM8.05, maka harga tersebut akan dikekalkan.
Kijang Emas
Tiga nilai ukuran untuk wang syiling emas adalah “Kijang Emas” (merupakan salah satu logo untuk Bank Negara Malaysia) juga diperkenalkan. Nilai ukuran tersebut adalah RM50, RM100 dan RM200. Ianya telah dilancarkan pada 17 julai 2001 oleh Bank Negara Malaysia dan dicetak oleh Royal Mint of Malaysia. Penjualan dan pembelian harga KIjang Emas ini ditentukan oleh harga emas semasa antarabangsa.


0 comments:
Post a Comment