Sunday, 12 August 2012

GeledahSejarah : Milo dengan asal-usulnya



Milo ialah jenama untuk sejenis minuman susu yang ditambahkan dengan coklat dan malt. Dikeluarkan oleh syarikat Nestlé, minuman ini berasal dari Australia tetapi kini dikilangkan di berbagai-bagai negara, termasuk Singapura, Filipina, New Zealand, India, Vietnam, Afrika Selatan, Jamaica, Jepun, Chile, Thailand, Malaysia, Indonesia, Nigeria, Kenya, Syria, dan Ghana.
Minuman Milo dinamai sempena nama Milo dari Croton, ahli olahraga Yunani yang terkenal kerana kekuatan legendanya. 
Milo dicipta pada tahun 1934 selepas amat banyak penyelidikan oleh Thomas Mayne.  Pada asalnya, ia dikeluarkan dari sebuah kilang yang terletak di Smithtown, berhampiran dengan Kempsey, New South Wales, Australia.
Pada tahun 2004, Nestlé meraikan hari ulang tahunnya yang ke-70.
Perbezaan logo dan produk Milo sepanjang 78 tahun. 


0 comments:

Post a Comment

 

Copyright © geledah Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger