Tuesday, 2 October 2012

GeledahLawak: 10 Cerita Kelakar

0 comments
Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..
Suami : ha???


Cerita 2

Cerita ini bermula apabila seorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.

budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????


Cerita 3

Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka yang telah lama dibina.

Farid : Mengapa?
Siti : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti : Erkkkkkk........ Benci ..


Cerita 4

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin
hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu,

Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????


Cerita 5

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Cerita 6

Orang Asli Dan Polis

orang asli : selamat pagi tuan
polis : selamat pagi, apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis : Pasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala


Cerita 7

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...


Cerita 8

Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia
bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya
membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya.
Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki
itu dengan riang.


Cerita 9

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat .
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"


Cerita 10

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...
Read more ►

GeledahRekod: Like Paling Banyak Dalam Sejarah Youtube

0 comments




'GANGNAM STYLE' 

'Psy' Superstar Pop Korea telah pun mencapai fenomena baru dengan video beliau untuk 'Gangnam syle', dan kini dia boleh mencapai Guinness World Record untuk senarai Like itu.

'Gangnam Style', yang hanya disediakan untuk perlihatkan sejak 15 Julai, telah 'di LIKE' melebihi 2,141,758 kali, menjadikan ia video yang paling disukai dalam sejarah YouTube.

Pesaing yang terdekat bagi kebanyakan LIKE video di YouTube termasuklah, LMFAO 'Party Rock Anthem' (1,574,963 LIKE), Justin Bieber 'Baby' (1,327,147 LIKE)  dan Adele 'Rolling dalam Deep' (1,245,641 LIKE).

Psy (nama sebenar: Park Jae-Sang) adalah seorang penyanyi Korea Selatan, penulis lagu, dan penyanyi rap. 'Gangnam Style', single beliau yang paling berjaya setakat ini, yang paling banyak dilihat K-Pop video di YouTube.

Ini juga menandakan kali pertama seorang artis Korea Selatan telah mengungguli carta iTunes.


Dan Barrett, Guinness World Records Pengurus Komuniti, komen, 'Setelah menjadi "Pernahkah anda melihat ini?" video dua bulan lepas di seluruh web, ia adalah hebat untuk dapat menganugerahkan rekod untuk video popular ini. Dalam tahun-tahun lalu terfikir bahawa sesuatu yang akan dilihat ratus juta kali, dan kini "Gaya Gangnam" telah mencapai lebih daripada dua kali angka ini hanya dalam 3 bulan di YouTube. '

Sekarang, hingga September 2012. Sebanyak lebih 300juta Viewer.

Read more ►

GeledahRekod: Bangunan Kediaman Tertinggi

0 comments


Siap pada tahun 2012, PRINCESS TOWER di Dubai, Emiriah Arab Bersatu, adalah 413,4 m (1.356 kaki) tinggi dan mempunyai 101 tingkat di atas tanah, khusus untuk kegunaan kediaman.

Lantai tertinggi berdiri di 356,9m (1,171 kaki). Ketinggian seni bina diukur dari tahap terendah, penting,  pintu masuk terbuka, pejalan kaki ke atas seni bina bangunan, termasuk menara, tetapi tidak termasuk antena, tiang papan tanda bendera, atau lain-lain fungsi teknikal peralatan seperti yang ditakrifkan oleh Majlis Bangunan Tinggi dan Habitat Bandar (CTBUH). 


Fungsi Bangunan: Sebuah bangunan tinggi - fungsi tunggal ditakrifkan sebagai salah satu di mana 85% atau lebih daripada kawasan lantai yang boleh digunakan khusus untuk penggunaan tunggal. Oleh itu, sebuah bangunan dengan pejabat 90% keluasan lantai untuk menjadi "pejabat" bangunan.




Read more ►

GeledahSejarah: Sejarah Wang Syiling

0 comments




Siri pertama (1967)

Wang syiling pertama telah diperkenalkan pada tahun 1967 dalam nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, dan di ikuti dengan penghasilan wang syling 1 ringgit dimana ianya diteruskan dengan mnggunakan simbol “$” merupakan wang syling yang terbesar dalam sirinya pada 1971. Pada asalnya kesemua wang syiling dicetak hampir sama dibahagian depan dan belakang. dan yang membezakannya adalah diameter syiling tersebut. Dibahagian belakang syiling telah diukir gambar ukiran bangunan Parlimen serta ukiran bulan sabit dan bintang seperti yang terdapat di dalam bendera Malaysia diatas ukiran Parlimen tersebut. Kesemua wang syiling telah dibuat daripada bahan berunsur cupronikel (campuran tembaga dan nikel) kecuali wang syling 1 sen dimana ianya dibuat daripada bahan berunsur gangsa disekitar tahun 1967 hingga 1972. Selepas itu, ianya diikuti dengan logam yang disaluti lapisan tembaga pada tahun 1978 keatas. Wang syiling 50 sen merupakan satu-satunya wang syiling dalam siri ini yang telah dibuat perubahan kecil pada bahagian sisinya dengan memasukkan tulisan Bank Negara Malaysia pada tahun 1971.

Pembuatan syling pada siri yang pertama telah dibekukan pada tahun 1989 apabila siri kedua wang syling telah diperkenalkan. Namun begitu,wang syiling ini telah dikekalkan penggunaanya sehingga tahun 2008, tetapi jumlahnya telah menurun sejak tak tahun 1990. Wang syiling $1 telah berubah sejak wang syiling $1 siri kedua diperkenalkan pada 1989.


Siri kedua (1989)
Wang syiling siri kedua telah diperkenalkan pada penghujung tahun 1989. Pada siri kedua ini, wang syiling telah direkabentuk semula dibahagian hadapan dan belakangnya, tetapi rekabentuk dibahagian sisi, diameter dan bahan yang digunakan untuk membuat wang syiling seperti pada siri sebelumnya iaitu pada tahun 1989 dikekalkan kecuali wang syiling 1 ringgit. Perubahan yang berlaku pada wang syiling ini adalah ukiran bunga raya (bunga kebangsaan Negara Malaysia) dimasukkan dibahagian atas permukaan hadapan wang syiling dan ukiran gambar peralatan tradisianal kaum melayu dibahagian belakang wang syiling tersebut.

Hanya wang syiling 1 ringgit mengalami perubahan pada keseluruhan bahagian pada wang tersebut. Disamping mengubah pada bahagian hadapan dan belakang wang syiling tersebut, saiz diameter wang syiling tersebut telah dikurangkan dari 3mm kepada 24mm dan ianya telah dibuat daripada unsur alloy (campuran tembaga, zink, dan timah) berbanding pada sri sebelumnya dimana ianya dibuat daripada unsur tembaga dan nikel. Simbol “$” tetap dimasukkan pada wang syiling baru ini tetapi ianya dipanggil “RINGGIT” untuk wang syiling ini dari tahun 1993 keatas. Pada 7 Disember 2005 wang syiling 1 ringgit telah dihentikan penggunaannya berikutan timbulnya masalah pemalsual wang syiling.

Pada 1 April 2008, sistem bundar telah digunakan kepada 5 sen yang terdekat hanya untuk pembayaran bil sahaja yang telah dikuatkuasakan dan diumumkan pada tahun 2007 oleh Bank Negara Malaysia dengan tujuan untuk mengatasi masalah tiada lagi penggunaan wang syiling 1 sen. Harga barangan keperluan yang dijual dalam gandaan 1 sen telah dibundarkan ke 5 sen yang terdekat. Sebagai contoh, jika barangan yang dibeli berharga RM4.88 dan RM3.14, jumlah harga kedua barangan bernilai RM8.02. Maka ianya dibundarkan kepada rrm8.00. tetapi jika jumlah harga barangan tersebut bernilai RM8.05, maka harga tersebut akan dikekalkan.


Kijang Emas

Tiga nilai ukuran untuk wang syiling emas adalah “Kijang Emas” (merupakan salah satu logo untuk Bank Negara Malaysia)  juga diperkenalkan. Nilai ukuran tersebut adalah RM50, RM100 dan RM200. Ianya telah dilancarkan pada 17 julai 2001 oleh Bank Negara Malaysia dan dicetak oleh Royal Mint of Malaysia. Penjualan dan pembelian harga KIjang Emas ini ditentukan oleh harga emas semasa antarabangsa.



Read more ►
 

Copyright © geledah Design by O Pregador | Blogger Theme by Blogger Template de luxo | Powered by Blogger